2010-10-03

Konspirasi Dunia- Codex Alimentarius Population Reduction

-ASSALAMUALAIKUM-

Kali ini post saya berkaitan dengan Codex Alimentarius. Mungkin sudah ada antara pembaca yang sudah sedia maklum tentang Codex Alimentarius ini dan mungkin juga masih ada yang belum tahu. Di sini saya akan terangkan serba sedikit tentang Codex Alimentariusini. Mungkin saya akan detailkan lagi di post selanjutnya. Jika mahu lebih lanjut tentang Codex Alimentarius ini sila alert dengan post-post terbaru di blog ini. Okay, mula-mula kita mesti tahu apa asas Codex Alimentarius. Codex Alimentarius adalah bahasa latin yang bermaksud Kod Makanan. Ia ditubuhkan pada 1963 oleh Food And Agriculture Organisation of United Nation (FAO) dan World Health Organisation (WHO) bertujuan untuk menetapkan standard, nasihat dan segala yang yang berkaitan dengan makanan, pengeluaran makanan dan keselamatan makanan. Jika kita lihat misi dan peranan Codex Alimentarius adalah untuk kebaikan manusia sejagat kerana ditubuhkan oleh dua badan besar dunia, iaitu WHO dan FAO tetapi hakikatnya sebaliknya. Projek mega mereka ini adalah untuk mengurangkan populasi penduduk dunia sebanyak 93%. Ini salah satu pelan Dajal Al-Masih melalui badanbadan berpengaruh dunia ciptaannya. Anda boleh merujuk blueprint Illuminati untuk maklumat lanjut tentang population reduction. Virus H1N1 juga adalah salah satu pelan mereka untuk population reduction ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk, Sini. Anda boleh baca sendiri tentang vaksin dan
virus yang dicipta sendiri oleh mereka untuk tujuan jahat mereka. Saya mendapat maklumat bahawa sedikit masa lagi mereka akan menyebarkan satu virus yang jauh lebih berbahaya dan bakal membunuh jutaan penduduk dunia. Tetapi saya masih sedang meneliti tentang maklumat virus ini. Mungkin apabila masanya sudah tiba saya akan tulis artikel tentang virus itu. Virus tersebut adalah Australia Antigen. 4 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim
Berbalik kepada Codex Alimentarius, sebenarnya sudah lama projek ini berjalan. Tetapi projek ini belum berjalan sepenuhnya lagi. Hanya berjalan sedikit sahaja dan tidak begitu nampak kesannya. Rancangan penuh Codex Alimentarius ini akan berjalan pada 31 Disember 2009! Mereka telah lama sebenarnya meracun kita dalam makanan kita seharian tanpa kita sedari. Contoh paling mudah di sini, ayam. Ayam-ayam disuntik dengan hormon pembesaran dan ini akan memberi kesan kepada pengguna-pengguna. Contoh lain ialah penggunaan racun seranggan perosak attau pesticide. Tidak perlulah saya terangkan lebih lanjut kesan-kesan penggunaan racun terhadap makanan kerana saya percaya pembaca sudah tahu akan kesan buruk kepada kesihatan kita. Selain itu mereka juga memanipulasi makanan dan air kita. Samada kita sedari atau tidak sahaja, masanya kian hari kian hampir. Mereka telah lalaikan kita dengan hiburan dan sukan untuk mengelakkan kita sedar sebenarnya apa yang sedang berlaku. Merekalah yang mengawal media. Beruntunglah kepada sesiapa yang sedar dan membuat persiapan mental dan rohani bagi menghadapi apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku dan rugilah kepada sesiapa yang tidak mahu ambil sebarang pendekatan perubahan. Kita masih dalam tidur lena sedangkan keadaan sekarang sudah mencapai tahap yang kritikal.
Di sebelah Barat mereka telah membuat persediaan dengan menyimpan banyak stokstok makanan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

bersambung...


3 comments:

  1. konspirasi dajal tak habis2!!
    haish!!

    ReplyDelete
  2. eh2,pe yg salah??mmg drg slah..
    maksud aku dajal ni tak habis2 smpi kiamat la..
    ade je drg ni..
    is there any misunderstanding here??
    :)

    ReplyDelete