Showing posts with label konspirasi dunia. Show all posts
Showing posts with label konspirasi dunia. Show all posts

2010-10-04

konspirasi dunia-obelisk


-ASSALAMUALAIKUM-

Pernahkan anda mendengar tentang Obelisk? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.

Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama 'Cleopatra Needle' dan diasaskan dari 'Sun Pillar'.


Sun Pillar

Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah 'obelisk' hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di
Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul. Sila rujuk post saya tentang asas-asas binaaan dajal untuk memahami perkara ini lebih lanjut. Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula,Wusta dan Aqabah dengan niat:

Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih
(Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikutpengikutnya)



Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunanBasilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilanganConstantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah
meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama Pagan? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!

Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:

Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m
Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris

Israel (1 buah)
Caesarea obelisk

Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)
8 di rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino

Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches
Museum und Papyrussammlung, Berlin)

Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul

United Kingdom (4 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, 'Cleopatra’s Needle', di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London

Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, 'Cleopatra’s Needle', di Central Park, New York


Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web Malaysia Travel Guide,



This is the city's own version of the Washington Monument in Washington, DC.
Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is
a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park
situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and
events of Malaysia's history.

Sabda Rasullulah:
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri
dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).
Hadis Riwayat Abu Daud


Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat
kepadanya:' Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman
yang besar'.
Luqman 13

bersambung...

2010-10-03

Konspirasi Dunia- Codex Alimentarius Population Reduction

-ASSALAMUALAIKUM-

Kali ini post saya berkaitan dengan Codex Alimentarius. Mungkin sudah ada antara pembaca yang sudah sedia maklum tentang Codex Alimentarius ini dan mungkin juga masih ada yang belum tahu. Di sini saya akan terangkan serba sedikit tentang Codex Alimentariusini. Mungkin saya akan detailkan lagi di post selanjutnya. Jika mahu lebih lanjut tentang Codex Alimentarius ini sila alert dengan post-post terbaru di blog ini. Okay, mula-mula kita mesti tahu apa asas Codex Alimentarius. Codex Alimentarius adalah bahasa latin yang bermaksud Kod Makanan. Ia ditubuhkan pada 1963 oleh Food And Agriculture Organisation of United Nation (FAO) dan World Health Organisation (WHO) bertujuan untuk menetapkan standard, nasihat dan segala yang yang berkaitan dengan makanan, pengeluaran makanan dan keselamatan makanan. Jika kita lihat misi dan peranan Codex Alimentarius adalah untuk kebaikan manusia sejagat kerana ditubuhkan oleh dua badan besar dunia, iaitu WHO dan FAO tetapi hakikatnya sebaliknya. Projek mega mereka ini adalah untuk mengurangkan populasi penduduk dunia sebanyak 93%. Ini salah satu pelan Dajal Al-Masih melalui badanbadan berpengaruh dunia ciptaannya. Anda boleh merujuk blueprint Illuminati untuk maklumat lanjut tentang population reduction. Virus H1N1 juga adalah salah satu pelan mereka untuk population reduction ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk, Sini. Anda boleh baca sendiri tentang vaksin dan
virus yang dicipta sendiri oleh mereka untuk tujuan jahat mereka. Saya mendapat maklumat bahawa sedikit masa lagi mereka akan menyebarkan satu virus yang jauh lebih berbahaya dan bakal membunuh jutaan penduduk dunia. Tetapi saya masih sedang meneliti tentang maklumat virus ini. Mungkin apabila masanya sudah tiba saya akan tulis artikel tentang virus itu. Virus tersebut adalah Australia Antigen. 4 Konspirasi Dunia By: Kumanddie Editor: e1xtrim
Berbalik kepada Codex Alimentarius, sebenarnya sudah lama projek ini berjalan. Tetapi projek ini belum berjalan sepenuhnya lagi. Hanya berjalan sedikit sahaja dan tidak begitu nampak kesannya. Rancangan penuh Codex Alimentarius ini akan berjalan pada 31 Disember 2009! Mereka telah lama sebenarnya meracun kita dalam makanan kita seharian tanpa kita sedari. Contoh paling mudah di sini, ayam. Ayam-ayam disuntik dengan hormon pembesaran dan ini akan memberi kesan kepada pengguna-pengguna. Contoh lain ialah penggunaan racun seranggan perosak attau pesticide. Tidak perlulah saya terangkan lebih lanjut kesan-kesan penggunaan racun terhadap makanan kerana saya percaya pembaca sudah tahu akan kesan buruk kepada kesihatan kita. Selain itu mereka juga memanipulasi makanan dan air kita. Samada kita sedari atau tidak sahaja, masanya kian hari kian hampir. Mereka telah lalaikan kita dengan hiburan dan sukan untuk mengelakkan kita sedar sebenarnya apa yang sedang berlaku. Merekalah yang mengawal media. Beruntunglah kepada sesiapa yang sedar dan membuat persiapan mental dan rohani bagi menghadapi apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku dan rugilah kepada sesiapa yang tidak mahu ambil sebarang pendekatan perubahan. Kita masih dalam tidur lena sedangkan keadaan sekarang sudah mencapai tahap yang kritikal.
Di sebelah Barat mereka telah membuat persediaan dengan menyimpan banyak stokstok makanan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

bersambung...